Lim Kok Thay

Tan Sri Dato' Seri Lim Kok Thay (林国泰; lahir 16 Ogos 1951) ialah seorang ahli perniagaan dan jutawan Cina Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi Kumpulan Genting, sebuah konglomerat kasino, pusat peranginan dan minyak sawit dengan permodalan pasaran hampir AS$40 bilion, dan anak kedua mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas syarikat itu. Beliau mempunyai nilai bersih AS$ 4.5 bilion, dan merupakan orang terkaya Malaysia yang keenam.

Lim Kok Thay

Pekerjaan Ahli perniagaan
Ibu bapa Lim Goh Tong
Lee Kim Fa
Pasangan Cecilia Lim
Anak 3
Kelahiran (1951-08-16) 16 Ogos 1951 (umur 68)
Nilai bersih AS$ 4.5 bilion (November 2017)[1]
Pusat pendidikan Universiti London
Kediaman Malaysia
Gelaran Pengerusi, Kumpulan Genting dan Star Cruises